good song deserves to be heard

now playing_Truelovewaits_radiohead

HTML code

Monday, July 19, 2010

Bukan Siapa-Siapa

aku bukanlah siapa-siapa, yang punya apa-apa
untuk meminta lebih dari yang sepatutnya
tidak layak dipenuhi segala permintaanya
tidak perlu diikut segala kemahuannya

aku bukanlah siapa-siapa, yang punya apa-apa
pangkatku bukanlah setinggi pemimpin kerajaan tersohor
hartaku tidaklah sebanyak emas ditabur-tabur
wajahku tidak seelok mimpi anak gadis ketika tidur

aku bukanlah siapa-siapa, yang punya apa-apa
permintaanku yang rumit, itu fitrahku dari kecil
syarat-syaratku, tali pedoman yang kupegang
harapanku, tempat aku bersandar penuhi angan-angan

aku bukanlah siapa-siapa, yang punya apa-apa
yang leceh, itu yang aku pilih
yang sempit, itu yang aku damba
yang tertutup, itu yang aku impi
yang asli, itu yang aku mahu
yang perlahan..
yang tunduk..
yang menjaga..

Friday, July 16, 2010

Ujang

sudah pukul 3.50am dan aku belum mengantuk. budak-budak lain semua tengah tidur di celah-celah meja pejabat yang sunyi dan sejuk gaban ni. merengkok di antara kubikel-kubikel.

mungkin penangan milo panas tadi.

entah macam mana aku terbuka blog kartunis tembakau. seorang artist berbakat tanahair yang bekerja untuk majalah Ujang sekitar 90an.

terus aku teringat.

zaman tu punyalah semangat nak beli majalah Ujang setiap bulan. sanggup minta duit dengan mak. kalau edisi bumper sempena hari raya, bulan puasa, merdeka etc lagilah best. majalah Ujang masa tu dibarisi kartunis-kartunis yang mantap-mantap belaka. lukisan dan lawak mereka berkisar kehidupan seharian. lawak mat motor, lawak pak imam masjid, lawak budak hostel, dll.

minat punya pasal, aku praktis melukis kartun. makin lama makin tere. sampai aku rasa aku memang ada bakat melukis. tah ingat pulak macam mana hilangnya minat tu sekarang. mungkin hilang seperti hilangnya bisa majalah Ujang ataupun mana-mana majalah kartun yang ada sekarang. aku ada terbaca pasal masalah yang melanda majalah Ujang. macam mana ujang disingkir dari majalah hasil ideanya sendiri. bodoh betul bisnesmen yang taktau apa-apa pasal dunia kretif ni. sekarang yang ada cuma lukisan ala-ala komik jepun/cina yang tak best langsung.

apa cerita lah kartunis-kartunis yang lain tu agaknya. bertebaran cari rezeki kat tempat lainlah agaknya. harap-harap murah rezeki mereka. terima kasih kerana mewarnai dunia budak-budak aku dan jadi inspirasi aku ketika kecil. malap je dunia kartun tempatan tanpa mereka. budak-budak sekarang dah ada intenet. tak susah lagi nak cari bahan bacaan kat kedai runcit mamak. main kelik-kelik aja. ruginya mereka tak dapat rasa pengalaman baca majalah ujang semasa zaman kegemilangan Ujang.

ok. chow.