good song deserves to be heard

now playing_Truelovewaits_radiohead

HTML code

Sunday, November 14, 2010

pengadil

bapak aku dulu pengadil gasing pangkah. aku taktau la setakat mana tahap ketelusan beliau mengadili perlawanan gasing antara kampung. tapi kan..

















INI REF MEMANG CILAKE!

p/s: dah lama tak maki hamun tengok bola..

Sunday, October 31, 2010

Ayah

aku rasa terpanggil untuk belajar balik. dulu masa sekolah menengah dah belajar dan selalu buat. maklumlah sekolah tengah-tengah bandar kat melaka tu. orang senang nak dtg.

sepatutnya semua orang terutama lelaki kena tau benda ni semua. malu aku bila fikir balik. aku tinggalkan ilmu baik yang dulu kira expert gak aku amalkan.

jom sama-sama kita.

Monday, August 23, 2010

Mimpi

malam tadi gua mimpi
gua bertengkar gila babi dengan ayah
sampai satu tahap
ayah sakit dada
terus gua peluk pinggang ayah, minta maaf
bila gua terjaga gua dah menangis


Ya Allah, panjangkanlah umur kedua ibu dan bapaku supaya mereka sempat melihat aku berjaya dalam hidup. berkatilah hidup mereka. apabila mereka meniggal dunia kelak, jauhi mereka dari azab kubur dan api neraka. permudahkan mereka melintasi siratul mustakim. tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Saturday, August 21, 2010

Hantu

adakah gua akan berada di office sorang-sorang sampai petang? oh shit. malam tadi tengok cerita hantu lak tu.

mungkin hantu rambut panjang akan merangkak keluar dari pc gua ni?

atau hantu lompat-lompat akan melompat-lompat atas mesin photostate? seraya menjahanamkan satu lagi harta syarikat?

atau hantu berbungkus akan bergolek-goleh keluar dari bilik En. Azmerr?

fuck! gua tak suka tengok cerita hantu pasal benda macam ni lah. terbawa-bawa ke dunia realiti. mamposlah nak standby kat office sorang-sorang.

*reply text eja masuk ke hp canggih gua* "sy beli nasi kerabu, laksa dan roti jala"

gua pon membalas text jantung hati gua dengan tersengih-sengih macam biasa sambil teringat sekarang ni tengah puasa mana ada hantu (maksud gua jin/syaitan yang menyerupai sesuatu). hahaha. yes!

pms: adakah gua akan jumpa hantu lepas bulan puasa nanti? alamak.

Tuesday, August 17, 2010

Gua pon nak wish selamat berpuasa

lepas-lepas sahur ialah waktu ganas untuk menahan mata. perut dah kenyang. kalau nak tido, boleh je pasal ada masa lagi. tapi jangan buat pasal. semalam dah jadi kes. tido lepas sahur, bangun balik pukul 9am. masuk kerja sepatutnya pukul 8.30. memang macam company tu pakcik sahat yang punya. terus gua text pomen gua. "bang sori lambat. terlajak le pulak"

jadi gua gunakan kesempatan yang ada basuh baju. pakai wash machine la lakbau. zaman pakai tangan dah lama berlalu sejak ada duit sket ni. sambil-sambil tu boleh la FB + blogging ye tak. keh..keh bijaknya gua.

seronok ak puasa. boleh join orang lain yang berpuasa pegi shopping kat bazar ramadhan, boleh kira hari bila nak raya, chill-chill lepas terawih. layan teh tarik sambil pakai kain pelekat. perghh. hanya otai-otai je faham feeling tu.

gua sebenarnya nak wish je. selamat berpuasa, malaun-malaun semua. heh.

Monday, July 19, 2010

Bukan Siapa-Siapa

aku bukanlah siapa-siapa, yang punya apa-apa
untuk meminta lebih dari yang sepatutnya
tidak layak dipenuhi segala permintaanya
tidak perlu diikut segala kemahuannya

aku bukanlah siapa-siapa, yang punya apa-apa
pangkatku bukanlah setinggi pemimpin kerajaan tersohor
hartaku tidaklah sebanyak emas ditabur-tabur
wajahku tidak seelok mimpi anak gadis ketika tidur

aku bukanlah siapa-siapa, yang punya apa-apa
permintaanku yang rumit, itu fitrahku dari kecil
syarat-syaratku, tali pedoman yang kupegang
harapanku, tempat aku bersandar penuhi angan-angan

aku bukanlah siapa-siapa, yang punya apa-apa
yang leceh, itu yang aku pilih
yang sempit, itu yang aku damba
yang tertutup, itu yang aku impi
yang asli, itu yang aku mahu
yang perlahan..
yang tunduk..
yang menjaga..

Friday, July 16, 2010

Ujang

sudah pukul 3.50am dan aku belum mengantuk. budak-budak lain semua tengah tidur di celah-celah meja pejabat yang sunyi dan sejuk gaban ni. merengkok di antara kubikel-kubikel.

mungkin penangan milo panas tadi.

entah macam mana aku terbuka blog kartunis tembakau. seorang artist berbakat tanahair yang bekerja untuk majalah Ujang sekitar 90an.

terus aku teringat.

zaman tu punyalah semangat nak beli majalah Ujang setiap bulan. sanggup minta duit dengan mak. kalau edisi bumper sempena hari raya, bulan puasa, merdeka etc lagilah best. majalah Ujang masa tu dibarisi kartunis-kartunis yang mantap-mantap belaka. lukisan dan lawak mereka berkisar kehidupan seharian. lawak mat motor, lawak pak imam masjid, lawak budak hostel, dll.

minat punya pasal, aku praktis melukis kartun. makin lama makin tere. sampai aku rasa aku memang ada bakat melukis. tah ingat pulak macam mana hilangnya minat tu sekarang. mungkin hilang seperti hilangnya bisa majalah Ujang ataupun mana-mana majalah kartun yang ada sekarang. aku ada terbaca pasal masalah yang melanda majalah Ujang. macam mana ujang disingkir dari majalah hasil ideanya sendiri. bodoh betul bisnesmen yang taktau apa-apa pasal dunia kretif ni. sekarang yang ada cuma lukisan ala-ala komik jepun/cina yang tak best langsung.

apa cerita lah kartunis-kartunis yang lain tu agaknya. bertebaran cari rezeki kat tempat lainlah agaknya. harap-harap murah rezeki mereka. terima kasih kerana mewarnai dunia budak-budak aku dan jadi inspirasi aku ketika kecil. malap je dunia kartun tempatan tanpa mereka. budak-budak sekarang dah ada intenet. tak susah lagi nak cari bahan bacaan kat kedai runcit mamak. main kelik-kelik aja. ruginya mereka tak dapat rasa pengalaman baca majalah ujang semasa zaman kegemilangan Ujang.

ok. chow.

Saturday, June 26, 2010

mak

mak,

I'm bottling things inside. don't you worry about me. im your only son. at this age, i'm not suppose to be the one who make you worried.

i miss you.

Tuesday, June 8, 2010

Mungkin

..mungkin tiada rezeki kita, sayang.

Saturday, June 5, 2010

rock and roll yang hilang

aku cuba lagi memandang hari semalam
hari cerah dan hari kelam
senang aku melangkah tiada ragu
ibarat sang panglima aku mendada
sekarang aku kaku
buntu..

kalau ada apa yang aku silap meneka
mungkin aku rabun atau terleka
sebelum malaikat maut datang menjemputku
meninggalkan jasad yang terbujur kaku
layu..
maafkan aku..

petah bercakap, menempelak
mana yang silap
senget sedikit ku bilang gampang
masam sedikit ku bilang cuka
bukannya ku tahu apa itu luka
badan sendiri tidak pernah tercalar langsung..

di manakah rock and roll yang hilang itu?

Monday, March 29, 2010

al-blog

"awak dah buat blog lain eh?"
"takde ah..kenapa?"
"oh..ingat kan dah buat blog lain.."
"..."



aku baru ingat yang aku dah lama tak post blog.

Wednesday, January 20, 2010

kita

semuanya datang secara melulu
melawan arah tuju
menentang arus kemahuan
kita..

sekuat mana menongkah arus itu
seteguh mana tiang janji-janji
setinggi mana bukit-bukit harapan
kita..

tiada lagi kita..
aku menangis..
kau menangis..

Saturday, January 16, 2010

stuttering

stuttering

It's been, it's been, it's been, it's been
su-su-such a long time, long time, long time
since anybody touched me, touched me, touched me
the way that you touch me
So if I stutter, stutter, stutter
and I feel so so so unsexy
so maybe I'll just keep my mouth shut at least until you kiss me

So kiss me again
Cause only you can stop this stut-stut-stut-stuttering
Kiss me again
And ease my su-su su-su su-su s-su-s-suffering

I know I know
it's so it's so sy-sy-symbolic of everything
Everything that's wrong with me and you
So tell me what I'm supposed to do
Oh it's been ages since we've been really honest
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com
but I can make ch-ch-ch-changes if you really want this

So kiss me again
Cause only you can stop this stut-stut-stut-stuttering
Kiss me again
And ease my su-su su-su su-su s-su-s-suffering

Kiss me again
Cause only you can stop this stut-stut-stut-stut-stuttering
Kiss me again
And ease my su-su su-su su-su s-su-s-suffering

Thursday, January 14, 2010

lori

"..pegilah kau mati kena langgar dengan lori"


zrapp..patah dua isi dada..

Sunday, January 3, 2010

jujur

ni gua nak bercakap jujur sket ni. dengau eh..

ada org ada awek
ada org tiada awek
ada org ada sorang awek
ada org ada ramai awek

awek diorang ada yg lawa mcm artis
awek diorang ada yg lawa mcm manusia biasa yg cukup sifat
awek diorang baik kat diorang
awek diorang sayang kat diorang

kompius gua dengan perangai pelik2
kompius gua dengan perangai lu orang
kompius gua makan hati sorang2 tgk lu org
kompius gua..lu org masih nak kacau awek gua..

*jgn sampai gua start enjin kacau awek lu pulak? aiya..*