good song deserves to be heard

now playing_Truelovewaits_radiohead

HTML code

Thursday, November 26, 2009

Blues Mlm Raya Haji

malam raya dia ofis yang tak berapa besar ni agak syahdu gak. tadi ok je pasal tgh sibuk kat site. tapi bila dah free mcm ni fikiran senang menerawang. gua takmo merungut. gua cuma nak berkongsi..

mak dan ayah,
gua balik pagi nanti. pomen gua bagi blk awal pas subuh kalau takde pape hal. cantek la tu. blh la gua kejau sembahyang hari raya kat kampung. pas semayang blh lepak kat dpn gumah bonggo mcm biasa sementara ayah jumpa geng2 berborak. salam2 dengan piah, udin, kemi, kerol, bonggo, ijan, dekwan, aserap dan lain-lain. lame x jumpa malaun2 ni. sejak abes skola dah jarang lepak kampung.

syukri,
gua takpat join futsal la wahai al-cib. ptg raya gua dah kena blk site. keje. lu pon kate pas abes blajau lu nak jadi hamba keje. skrg ni lah aktiviti seorang hamba keje. rugi gak takpat join. kalau tak blh jumpa membe2 skola. borak-borak. ada yang dah kawen dengau cite. steady ah lu org.

eja,
maaf saya sibuk kebelakangan ni. saya tau awak kecik ati kadang-kadang. saya tau awak tak suka bila saya kena keje mlm. "bile saya tido, awak free, bile saya dah jaga, awak tido atau tgh keje" itu yg awak selalu ngomelkan. saya harap kita ada masa nanti. lepas awk blk dari rumah kakin jaga 3 org raksasa tu.

kawan-kawan tmpt keje,
padan muke lu org kena keje time2 raya ni. hehe. ape nak buat tanggungjawab. mintak mahap la gua gerak dulu pagi nanti. ala ptg dah jumpa blk muka hensem gua ni. keadaan sibuk ni gua rasa sampai hjg tahun setel la kot. bila kapal masuk dah ikut schedule blk. atau power station lain dah operate ok. atau bila stacker2 dah siap. pasni, blh la tgk2 wayang blk. karaoke ke. jumpa blk tok guru wan gitarist pegi jamm.

dendang, jelai, dak bon dan moktau,
time kasih dtg umah sewa gua arituh. kehidupan gua mmg agak lebam baru-baru ni sblm lu org dtg. seronok berborak dgn lu org. ilang sume tension. teringat zman poli beb. zaman rock n roll. free dari komitmen2. pegi kenduri kawen farah panter, clasmate pertama kahwin. tgk beah dah jadi super-hot-chick beb. padan muka lu org. dulu sekor pon tak pndg. telan air liur la. haha.


nota kaki,
selesema gua ni mintak2 lah ilang bila dah terkena penangan rendang mak gua esok. yeah!

No comments:

Post a Comment