good song deserves to be heard

now playing_Truelovewaits_radiohead

HTML code

Saturday, November 28, 2009

Cerita Hari Ahad

Hari ahad hari paling akhir dalam kalendar gua. kebanyakan org faham ahad sebagai hari cuti. tapi gua tak. ahad tak semestinya cuti. memanglah gua keje isnin sampai jumaat. tapi, tuntutan company yg bkn bapak gua punya, membuatkan gua keje ahad. gua bukanlah nak bercerita pasal betapa rajinnya gua sebagai pekerja atau betapa malangnya gua sebagai manusia yg kena keje hari ahad (member2 gua selalu ckp "bangla pon cuti hari ahad"), tapi pasal ahad gua yang dulu-dulu.

ahad dalam ingatan gua semasa kecik-kecik dulu ialah bangun awal. mase ni gua belum reti bangun lewat. bangun awal membolehkan gua melantak sarapan pagi mak gua dan terus kuar rumah. gua tak ingat adakah gua mandi atau tak. biasanya gua akan pegi main bola la. stended. gua kan born athlete. gua tak berapa join aktiviti2 ekstrim bdk-bdk kg. pasal bapak gua agak dikenali kat kg. gua senang kantoi. tu pasal gua sampai sekarang tak merokok. paling kuat pon pegi mandi paya. nama paya tu paya tok doman. berhantu. gua dan kawan-kawan gua la hantunya.

ahad di sekolah menengah ialah hari kebebasan yg tak berapa bebas. asrama. bangun pagi untuk solat jemaah subuh. kuliah. mase junior akan duduk saf-saf depan. dengar sambil mengiyakan. tersengguk-sengguk gua. bila dah senior duduk port belah belakang kiri masjid. matahari belum abes keluar gua dah start timbang bola takraw dalam dorm. takpun sepak-sepak bola kempis kat dinding. paling best bila nak start main bola. menggigal-gigal (dengan excitednya) pakai kasut then lari pegi padang. muka-muka setia kat padang yg gua igt ialah arep, apis asari, hamdan, dan zul. yg lain-lain tak igt dah.

bila hari dah tinggi sket banyak budak dah ilang dari asrama. kebanyakan pegi tusyen persendirian. bapak gua tak berapa mampu. tinggal lah gua dan beberapa yg lain lepak kat dorm. gua jarang stadi kat dorm. pasal gua mmg pemalas.stadi abes kat kelas atau prep je. kemudian biasanya bapak gua akan datang. datang bawak bekal. bekal pesanan dan amanat. biasanya gua tak berapa dengar sangat pun. pasal kalau dengar lebih-lebih nanti blh jadi sedih. lu org paham tak maksud gua?

Di politeknik, ahad agak produktif. mungkin pasal gua mcm dah matang sket. buat assignment atau stadi. basuh baju guna tangan. kadang-kadang je pegi rumah member pinjam guna mesin basuh. bila mlm rumah gua jadi port budak-budak tiru assignment. gua agak steady dalam stadi kat poli ni. mungkin pasal kat skola menengah gua dah puas compete dengan budak2 taik buku. so life kat poli yg lebih banyak praktikal dari membaca ni lebih rileks. malam gua akan pegi bermain musik. yeah, di sini gua mula into musik. sukan agak nombor dua. gua start pegang gitar lepas spm. mase lepak kg. ijan ajau gua lagu hidup bersama versi XPDC. kemudian gua banyak dipengaruhi bahan-bahan dari syukri, alif, dan rokes (kawan-kawan skola yg kamceng sampai sekarang). aktiviti jamming dilakukan bersama moktau, napi dan dendang di sebuah studio bernama pusat seni lye liang. disitulah gua beli gitar kapuk pertama gua. yeargh!

Sekarang..
urm..erk..
kalau tak keje, biasanya gua blk kg. jumpa mak ayah. atau lepak dengan alif, syukri, rokes dan lain-lain. takpun plan ape-ape dengan budak-budak tmpt keje. atau yg terbaik, baring depan tv sampai petang. sambil-sambil sms buah hati comel ya rabbi. heh. eh, ape gua melalut panjang2 ni. aiya~



tihihihi..

No comments:

Post a Comment