seperti biasa awal bulan dipenuhi dengan aktiviti meng-key in overtime kat station work punya pc. kami, juruteknik-juruteknik yang tak disediakan personal komputer sendiri terpaksa ambil giliran kat opis ni. sambil key in, sambil surf facebook. saudara saipol kat sebelah aku ni pon tak kurang sibuk dgn urusan beliau. tuk..tak..tukk..tak..bunyi keyboard. dan tiba-tida (stended)..
"woah.. abes sume brekpes, lunch ngan dinner ko claim eh" kata sorang kawan hensem kita ni.
saudara saipol diam. aku pon diam.
"heh..heh..kaye la mcm ni.."
saipol diam. aku tak diam kali ni. tapi belum tahap nak bersuara. angkat kepala. tgk muka kawan hensem kita ni.
dia pandang aku. aku pandang dia.
kawan hensem kita blah. balik terus kot. dah pukul 7 mase tu.
"pahal meng?" meng ialah singkatan utk komeng, gelaran saipol. pahal meng bagi aku ialah what the fuck dalam bahasa omputeh.
"ape?"
"tuh..tuh..pahal meng?"
"haaa..?"
"pahal berbunyi lak mamat tu?"
"entah" saipol terlalu sibuk key in overtime sampai tak terlayan aku.
"pahal weh?..pahal lak weh?"
"........"
last-last aku panas ati sorang diri. walaupon mamat hensem tu tegur saipol, bkn aku. haih..
hari sabtu lepas aku keluar. aku belajar beberapa perkara. tak sangka suara lunak mcm p ramlee aku ni blh buat orang sedih. sedih sampai aku pun sedih gak skali. alamak ai.
aku tak sengaja. kat rumah pun suara aku mmg tinggi. mcm suara ayah. tak semestinya tinggi tu nak kurang ajar. tapi sesetengah org tak faham kot. kalau aku serius nak highlight kan point aku, suara aku jadi tinggi. siap dgn ekspresi muka berkerut.
tapi benda dah jadi kan. aku tak menyesal dengan apa yg aku cakapkan. tapi mungkin menyesal dengan cara aku yang tak sesuai dengan sesetengah orang. rasa bersalah buat org menangis. dulu, paling teruk pon aku buat dekwa dengan kak ida menangis. tapi tu pergaduhan adik-beradik. samada berebutkan sesuatu atau ejek-mengejek yang berlarutan.
satu lagi benda yg aku tak sangka aku buat ialah cara teruk aku layan orang. aku tak tahu budak perempuan comel tu nak apa datang kat meja aku makan. tapi hati tgh bengang, baru kejap dia ckp (mungkin mempromosikan sesuatu) aku dah suh dia blah. bkn aku ckp "oi blah lah ko" tapi cara aku pulangkan pamplet dia dan eksperi muka tak senang aku tu dah kecik kan hati dia. rasa macam nak pegi cari dia balik kat dataran pahlawan tu dan minta maaf. tapi manusia kan ego. tambahan lepas tu ada adegan kejar mengejar yg aku tak nak ceritakan kat sini berlaku. heh.
oleh itu, walaupun mungkin korang tak baca blog ni aku nak minta maaf. minta maaf dengan benda yg dah jadi. yang disengajakan atau tak disengajakan.
kepada budak perempuan bawa kertas ape tah untuk mempromosikan ape tah, aku minta maaf la beb.
kat awak especially, saya minta maaf ok. selamat malam.
belajar jadi manusia tabah, okey!
ReplyDeleteokey. heh.
ReplyDelete